INFO SIHAT: TIPS KEKAL SIHAT DI PEJABAT, AMALKAN BRISKWALK.

Kesibukan hidup sehari-hari serta gaya pemakanan zaman kini telah merubah hidup seseorang yang tidak aktif serta malas melakukan aktiviti senaman dengan alasan kesibukan sering menjadi penghalang.

Antara yang mudah untuk dilakukan ialah berjalan laju (Brisk Walking). Senaman yang ringan dan mudah untuk dilakukan dan sememangnya kita sudah tahu berjalan sejak di awal usia lagi. Malah, aktiviti ini juga boleh dilakukan di dalam rumah atau mahupun di pejabat.

BRISK WALK

Brisk Walk atau berjalan cepat adalah aktiviti yang melibatkan berjalan dengan laju. Ia adalah latihan kardiovaskular yang bagus dan boleh dilakukan oleh hampir semua orang tidak kira usia atau tahap kecergasan fizikal. Brisk Walking ini merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos. Senaman brisk walking boleh dilakukan selama 30 minit secara rutin pada setiap hari.

 

PERBEZAAN BRIS WALK  DENGAN BERJOGGING

Terdapat perbezaan di antara Brisk Walk dan Berjogging walaupun kedua-duanya melibatkan aktiviti bergerak. Brisk Walk adalah aktiviti berjalan dengan laju yang boleh memacu jantung anda berdegup lebih cepat daripada berjalan biasa manakala Berjogging adalah aktiviti berlari dengan laju yang lebih rendah yang memerlukan lebih banyak tenaga dan stamina.

 

KEBAIKAN BRISK WALK

  1. Membantu dalam menurunkan berat badan
  2. Meningkatkan Kesihatan Jantung
  3. Membaiki Postur Badan dan Kekuatan Otot
  4. Mengurangkan Stress
  5. Memperbaiki Kualiti Tidur

Sekarang ini, group Facebook bagi Brisk Walk Malaysia telah ditubuhkan dan seramai 103.7k pengikut seluruh Malaysia menyertainya dengan pelbagai kaum di Malaysia. Pelbagai program dianjurkan dengan hadiah-hadiah yang lumayan bagi menarik peserta brisk walk.

Artikel/Berita Terkini

CADANGAN PINDAH PASAR BESAR KK KELUAR DARI KAWASAN BANDAR

TINJAU: Hajiji semasa membuat tinjauan ke tapak lokasi yang dicadangkan.  KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bercadang untuk memindahkan Pasar Besar Kota …

SUSUNAN KEUTAMAAN BENDERA

Tahukah anda, susunan bendera mempunyai tatacara dan keutamaannya tersendiri? Mulai 1 Mei 2025, Bendera Malaysia menjadi bendera utama, diikuti bendera …

OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …