CUBA RASUAH PENGUAT KUASA JPJ, EJEN AIS DAN PENYELIA KILANG DIREMAN

Seorang penyelia kilang ais dan seorang lagi ejen ais direman selama tujuh hari kerana disyaki menawar dan memberikan rasuah berjumlah RM500 kepada penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri ini di Lukut, Port Dickson, semalam.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret, Fairuz Syuhada Amran selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahya di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.

Kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga 6 Februari ini bagaimanapun tidak diwakili peguam. Mereka yang masin-masing berusia sekitar 40-an dan 20-an itu telah ditahan semalam kira-kira pukul 5.30 petang dan 8.50 malam ketika hadir di Pejabat SPRM Cawangan Port Dickson.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, mereka melakukan kesalahan tersebut bagi mengelakkan pemandu lori kilang ais yang telah ditahan oleh pegawai JPJ daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atas kesalahan tiada lesen memandu (CDL), tiada lesen vokasional (GDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …