KASTAM TUMPASKAN SINDIKET GUNA DOKUMEN PESANAN PENGHANTARAN, LABEL CUKAI PALSU

Taktik sindiket menggunakan dokumen pesanan penghantaran dan label cukai palsu dengan tujuan mengaburi mata pihak berkuasa bagi tujuan mengedarkan rokok putih di pasaran berjaya ditumpaskan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Jabatan itu mematahkan kegiatan sindiket tersebut dalam operasi membabitkan nilai cukai hampir RM4.2 juta menerusi penahanan sebuah lori bonded 10 tan yang dipandu oleh seorang warganegara tempatan berusia 20-an berhampiran dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gombak, Selangor pada 14 Januari lalu.

Menurut Pengarah JKDM Negeri Sembilan, Mohammad Hafiz Ishak, operasi oleh dua pasukan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan pada pukul 3.30 petang itu dilakukan atas maklumat yang diterima.

Hasil pemeriksaan rapi yang dijalankan oleh pasukan ke atas lori tersebut telah menjumpai sejumlah 275,000 peket bersamaan dengan 5.5 juta batang rokok putih. Kesemua peket rokok yang dijumpai mempunyai label cukai palsu dan disyaki barangan Larangan Import Di Bawah Butiran 1, Bahagian lI, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Berikutan itu, kesemua barang eksibit bersama satu unit lori bonded jenis Nissan telah disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967 dan dibawa balik ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.

Jumlah nilai keseluruhan rokok yang disita termasuk cukai dan lori adalah dianggarkan RM4,164,000. Modus operandi sindiket adalah rokok diseludup yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand dengan menggunakan kenderaan seperti lori bonded yang bersil.

Sindiket akan menggunakan dokumen delivery order dan label cukai yang palsu dengan niat mengaburi mata pihak berkuasa bagi tujuan mengedarkan rokok rokok tersebut ke pasaran tempatan terutamanya di Lembah Klang untuk dijual pada harga yang murah.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967; dan Seksyen 74 (1)(a) Akta Eksais 1976. Beliau turut menyifatkan rampasan tersebut adalah yang terbesar setakat ini bagi JKDM negeri dan sekiranya dinilai rokok tanpa cukai daripada kes rampasan rokok putih tersebut dianggarkan berjumlah RM400,000. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan JKDM percaya terdapat saki baki ahli terlibat dalam sindiket yang lebih setahun aktif ini.

 

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …