WARGA EMAS LESAP LEBIH RM1.43 JUTA ANGKARA SKIM PELABURAN PALSU

Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun, terpaksa berputih mata apabila kerugian lebih RM1.43 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud.

Mangsa berminat untuk menyertai satu skim pelaburan saham yang dijanjikan keuntungan lumayan melalui laman sosial Facebook.


Suspek kemudiannya meminta mangsa membuka akaun saham dan mengikuti kelas saham selama lapan bulan di satu laman sesawang yang diberikan.

Mangsa mula membuat pelaburan berjumlah RM20,000 dan memperoleh keuntungan sebanyak RM4,000.
Akibat percaya, mangsa menambah modal dengan membuat transaksi sebanyak 19 kali kepada lapan akaun bank berlainan sehingga mengalami kerugian RM1,430,810.

Siasatan mendapati sumber kewangan adalah daripada wang simpanan mangsa. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …