PERAK BERSIAP SEDIA UNTUK SESI PERSEKOLAHAN

Pengarah Kesihatan Negeri Perak menyatakan tentang SOP yang mesti dipatuhi oleh sekolah apabila sesi persekolahan bermula nanti

IPOH, 12 Jun 2020 – Selepas lebih tiga bulan ditutup akibat penularan COVID-19 kerajaan pada 10 Jun 2020 telah mengumumkan 500,444 pelajar melibatkan 2,400 sekolah seluruh negara akan kembali mengikuti sesi persekolah pada 24 Jun ini. Kumpulan pertama akan melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan peperiksaan antarbangsa yang setara.

Penjarakan sosial antara pelajar di dalam kelas turut dipatuhi oleh pihak sekolah

Pembukaan semula semua sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta serta institusi berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang diedarkan pada 4 Jun yang lalu.

Sehubungan dengan itu, Negeri Perak turut bersiap sedia bagi menghadapi sesi pembukaan sekolah ini. Satu sesi lawatan bagi meninjau persediaan persekolahΒ  telah dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh. Lawatan ini melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, YB Tuan Haji Razman bin Zakaria, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Dato Dr. Ding Lay Ming, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak, Khairul Ridzuan bin Mat SaidΒ  dan pengetua sekolah. Melalui lawatan ini pengetua sekolah telah menyampaikan taklimat tentang persediaan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi menerima kemasukan pelajar sebaik sesi persekolah dibuka pada 24 Jun nanti.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut