MAIS LANCAR PELAN ANTIRASUAH, CEGAH SALAH LAKU TERMASUK DI MASJID

SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan pelan antirasuah 2024-2026 dengan menggariskan lima bidang utama bagi membentuk warga kerja berintegriti.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan pelan tersebut meliputi pengurusan pentadbiran, perolehan, projek, agihan dan sumbangan baitulmal untuk menyokong agenda terbabit.

Beliau berkata rancangan yang menekankan pencegahan rasuah dalam agensi Islam terutama seluruh warga Mais dan anak syarikat turut melibatkan institusi masjid, surau dan sekolah agama.

β€œJusteru, saya menyeru pelan ini dipatuhi semua dalam memastikan institusi agama Islam di Selangor sentiasa cekap, telus dan berintegriti.

β€œSaya menegaskan peningkatan kawalan aspek pengauditan serta risiko dalaman dan luaran bagi memastikan kredibiliti dan integriti organisasi sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis perutusan pengerusi Mais 2024 dan pelancaran pelan antirasuah di Dewan Syarahan dan Muzakarah di Masjid Negeri di sini hari ini.

Mais turut menyampaikan sumbangan RM300,000 kepada Universiti Islam Selangor, Maahad Tahfiz Islam Selangor Alam Impian (RM100,000) dan Tabung Infaq Jariah Umat Islam Selangor (RM98,423).

Turut menerima sumbangan ialah Jabatan Mufti Selangor (RM50,000), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (RM50,000), Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Agama Menengah Parit Baru (RM10,000) dan Sekolah Rendah Agama An-Nur Kanchong Tengah (RM10,000).

Sumbangan menggunakan peruntukan baitulmal ini bertujuan membantu melancarkan operasi dan aktiviti pengimarahan Islam khususnya di Selangor.

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut