PASUKAN KESELAMATAN NEGARA DI PERSADA ANTARABANGSA

Pada hari ini (10 Januari) dalam tahun 1991, Malaysia dan Papua New Guinea telah memeterai Perjanjian Persefahaman bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang ketenteraan. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak dan Menteri Pertahanan Papua New Guinea, Encik Bernais Sabumei.

Dibawah perjanjian ini, Malaysia akan membantu Papua New Guinea meningkatkan kepakaran dan peralatan ketenteraannya dalam usaha kerajaan Port Moresby menghapuskan anasir subversif di negara itu. Perjanjian ini telah membuka era baru dalam bidang ketenteraan di kalangan negara Asia dan Pasifik sejajar dengan kepentingan kedudukannya di strategi antarabangsa.

Pengiktirafan antarabangsa terhadap Angkatan Tentera Malaysia bukan lagi sesuatu yang asing. Tujuh (7) misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah disertai oleh ATM yang bermula seawal tahun 1960-an. Bermula dari misi di Congo (UNOC) pada tahun 1960 sehingga 1963, disusuli dengan misi di Namibia (United Nations Transition Assistance Group – UNTAG) pada tahun 1989 sehingga 1990. Malaysia meneruskan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui United Nations Trasitinal Authority in Cambodia (UNTAC) pada tahun 1993.

Pasukan Pengaman Malaysia menempa nama semasa melaksanakan Operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia II (UNOSOM) pada tahun 1993. Kejayaan ini difilemkan 30 tahun kemudiannya dengan judul MALBATT: Misi Bakara oleh Adrian Teh untuk tayangan perdana pada 24 Ogos 2023.

Malaysia terus diiktiraf di peringkat anatarabangsa melalui Misi United Nations Protection Force (UNPROFOR) di Bosnia Herzegovina bermula 1993 sehingga 1998.

Ketika Timor Leste (dahulunya dikenali sebagai Timor Timur) menghadapi krisis pada tahun 2006, Malaysia selaku negara sahabat turut menyertai Operasi Astute dan menghulurkan bantuan dalam aktiviti pembangunan sumber manusia melalui pelbagai program latihan dalam usaha Timor Leste membina kembali negara mereka. Sehingga kini, Timor Leste menjadikan Malaysia sebagai model untuk membangunkan negara mereka.

Pada hari ini, Malaysia masih terus memainkan peranan aktif dalam misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) sejak tahun 2007.

Sikap pragmatik, berprinsip dan berkecuali Malaysia selama ini, telah menjamin pengiktirafan oleh kuasa-kuasa besar serantau dan antarabangsa. Strategi diplomasi dua hala dan pelbagai hala dirangka secara menyeluruh disokong oleh pelaksanaan dasar hubungan luar yang konsisten semenjak kemerdekaan negara telah mewujudkan imej yang positif di peringkat antarabangsa. Perkara ini sekaligus menjamin pengiktirafan berterusan terhadap kedaulatan dan kepentingan negara sebagaimana  Teras Kesembilan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, Pengiktirafan Antabangsa.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut