TENTERA DARAT MALAYSIA (TDM) TERIMA PERALATAN SOKONGAN UNTUK KEGUNAAN OP MURNI BERJUMLAH RM100,000

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Tentera Darat Malaysia (TDM) selaku peneraju Operasi Murni (Op Murni) hari ini menerima sumbangan berjumlah RM100,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi perolehan peralatan sokongan untuk digunakan semasa operasi dan fasa pasca banjir.

Kementerian Pertahanan (MINDEF), dalam kenyataan, memaklumkan antara aset semasa yang telah dilaksanakan perolehannya adalah seperti pelampung dewasa, jaket keselamatan kanak-kanak, payung dan beberapa keperluan lain.

Aset pascabanjir pula adalah barangan bagi keperluan pembersihan seperti shavel, rubber boot dan berus dan lain-lkain.

“Pada Mac lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah menerima perolehan kelengkapan mobiliti operasi bencana bagi pengoperasian Humanitarian Assistance and Disaster Relief bernilai RM9.97 juta.

“Antara aset yang diterima adalah seperti Rubber Inflatable Boat, Complete with Outboat Motor 40HP, Assault Boat Aluminium “Vee” bottom Complete with OBM 60HP, Trailer Boat, HADR Boat Carrier dan Trak satu tan 4 x 4 – Fitted for Radio,” menurut kenyataan itu semalam.

Kenyataan itu turut memaklumkan, sehingga kini seramai 995 pegawai dan 16,094 anggota lain-lain pangkat daripada tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di seluruh negara bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kementerian Pertahanan berkata antara kawasan yang kini menerima taburan hujan yang tinggi dan sedang mengalami banjir adalah di negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Perak.

Sehubungan itu, katanya, ATM kini sedang dan telah mengatur gerak pasukan bantuan termasuk bantuan menyelamat dan memindah mangsa banjir ke Pusat Penempatan Sementara (PPS).

“Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan turut mengatur gerak Forward Medical Team bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) di dalam pemeriksaan kesihatan,” maklum kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima taklimat Op Murni daripada peneraju operasi iaitu Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan yang turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

– BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …