๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—•๐—œ๐—ง๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Sebanyak 200,000 pokok bakau bakal ditanam di sekitar Pualu Pinang di bawah Program Pemuliharaan Habitat Paya. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang giat melaksanakan program penanaman pokok dan restorasi habitat hutan paya bakau yang dilihat penting dalam melindungi kawasan pesisir pantai daripada hakisan.

Hutan paya bakau mampu mewujudkan habitat baru untuk hidupan laut, dan menyerap karbon untuk mengurangkan kesan perubahan iklim selain menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung laut semasa musim sejuk.

Pada tahun lalu,ย  Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mewartakan lapan hutan bakau iaitu di Pulau Betong, Juru, Chenaam, Sungai Udang, Pasir Gebu, Lahar Endin, Kuala Bekah dan Air Hitam Dalam sebagai kawasan hutan simpanan kekal.

Sumber : Buletin Mutiaraย https://www.facebook.com/buletinmutiara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …