PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN KOMUNITI DI SMK KEDAI BULOH, KOTA BHARU

Program dimulakan dengan Taklimat ‘Klik Dengan Bijak’ oleh YBrs. Puan Wan Nurul Ain Wan Mohd Razali, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Negeri Kelantan (MCMC) dan Taklimat ‘Gangguan Seksual’ telah disampaikan oleh YDH Inspektor Norsyafikah Mat Jusoh,Pegawai Siasatan Gangguan Seksual Wanita Dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YABrs. Encik Muhd Nor Aswadi Md Nor, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan dan majlis ini dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Hishamuddin Bin Abdul Rashid, Ketua Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan.
Turut hadir YBrs. Encik Mohd Asri Bin Mohd Zawawi, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh, YBrs. Encik Husin Bin Hj Deraman, Yang Di-Pertua Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh merangkap Pengerusi Komuniti Madani Kijang Sejahtera, Ahli-Ahli Komuniti Madani dan Para Pelajar Tingkatan 4 SMK Kedai Buloh.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut