POLIS N. SEMBILAN RAMPAS DADAH, SITA ASET RM350,311 DALAM OP TAPIS KHAS

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah menahan 133 orang individu dengan rampasan dadah serta menyita aset keseluruhan pengedar bernilai RM350,311 dalam Op Tapis Khas yang diadakan di negeri ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof, dalam operasi selama tiga hari bermula 10 Oktober hingga 12 Oktober lalu pihak polis telah membuat tangkapan tertinggi sebanyak 68 orang bagi kategori penyalahgunaan dan penagihan dadah.

Tangkapan lain merangkumi kategori bekalan iaitu di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 sebanyak 22 tangkapan, kategori memiliki dadah di bawah Seksyen 12(3), Seksyen 6 ADB 1952 dan Akta Racun 1952 dengan 43 tangkapan.

Selain itu, JSJN IPK Negeri Sembilan telah mengambil tindakan di bawah Seksyen 3(1) ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952  sebanyak lima tangkapan, Seksyen 39C(1) ADB 1952 sembilan tangkapan dan waran tangkap 33 tangkapan.

JSJN turut merampas 163.83 gram dadah pelbagai jenis bernilai RM11,863.62 termasuk heroin (71.64 gram), syabu (38.87 gram), ganja (29.22 gram, ketamin (1.08 gram), pil erimin (0.37 gram), serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA). (22.66 gram) dan 10.10 liter air ketum. Nilai sitaan aset pengedar dadah pula berjumlah RM338,448.

JSJN IPK Negeri Sembilan amat serius dalam misi membanteras dadah habis-habisan dengan memfokuskan tangkapan kepada pengedar-pengedar dadah yang bergiat aktif khususnya di Negeri Sembilan dan melumpuhkan ekonomi pengedar dadah dengan menyita aset yang dimiliki melalui aktiviti yang menyalahi undang-undang sedia ada.

Untuk makluman bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September 2023 jumlah kesalahan dadah yang direkodkan bagi kategori pengedar sebanyak 62 orang, kategori memiliki (1,624), kategori penagih (3,459), pencegahan LLPK (33), Seksyen 39C ADB 1952 (282) dan waran tangkap (1938).

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …