KPDN KELANTAN AMBIL DUA TINDAKAN MENJUAL GULA PAKET 1KG MELEBIHI HARGA YANG DITETAPKAN

 

PASIR PUTEH 18 Sept : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menjalankan siasatan aduan awam di dua buah premis runcit berasingan di Pasir Puteh, Kelantan petang semalam.
Hasil siasatan yang dijalankan mendapati harga gula putih bertapis paket 1kg dijual melebihi harga kawalan dengan harga RM 3.00 dan RM 3.20 sekilogram yang dikawal tetapkan oleh kerajaan RM2.85 sekilogram, terdahulu pasukan operasi membuat penyamaran uji beli barang kawalan tersebut.
2 tindakan kes kompaun diambil dibawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana menjual gula pasir kasar melebihi harga kawalan ditetapkan.
Selanjutnya pasukan memberikan amaran keras supaya menjual barang kawalan dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
Pengguna dinasihatkan agar tampil untuk membuat sebarang aduan khususnya melibatkan kenaikan harga barangan keperluan, selain itu pengguna juga diingatkan tidak membuat pembelian panik atau membeli secara banyak untuk kegunaan isi rumah.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …