RUANG DAN FUNGSI RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN

Pengenalan

Rumah ialah tempat kediaman atau tempat tinggal manusia yang dibuat bertiang tinggi, berdinding dan beratap serta bertangga untuk naik dan turun. Konsep ini dengan sendirinya menolak bentuk-bentuk bangunan lain seperti masjid dan surau (rumah ibadah), kandang dan reban (tempat haiwan ternakan), bangsal, pondok, pundung, dangau, bagan dan sebagainya iaitu bangunan yang kaitan dengan pekerjaan dan persawahan atau perladangan.

Rumah Tradisional Negeri Sembilan mempunyai tiga ruang atau zon iaitu :

  1. Ruang Depan – dominan lelaki dan tetamu
  2. Ruang Ibu Rumah – ruang paling penting dan terhormat
  3. Ruang Belakang – dominan perempuan dan tempat masak-memasak

Serambi Rumah

Serambi Rumah Tradisional Negeri Sembilan terbahagi kepada tiga ruang iaitu :

  1. Pangkal Serambi
  2. Tengah Serambi
  3. Hujung Serambi.

Setiap ruang tersebut mempunyai fungsi yang berbeza-beza antara satu sama lain. Pangkal serambi dapat dikenali dengan melihat kedudukan sesuatu rumah itu yang biasanya terletak di sebelah hilir sungai bermaksud mengikut arus sungai mengalir manakala hujung serambi pula terletak di sebelah hulu sungai. Kebiasaannya Rumah Tradisional Negeri Sembilan didirikan berhampiran dengan sungai kerana pada masa dahulu sungai adalah jalan penghubung utama.

Sumber: FB Lembaga Muzium Negeri Sembilan

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …