APM LANGKAWI PERKASA PERANAN PENYELAMAT PANTAI

Profesion atau kerjaya sebagai penyelamat pantai bukanlah kerjaya yang popular di negara kita. Malahan, ramai dari kalangan kita masih belum mempunyai kesedaran yang tinggi tentang keselamatan ketika beriadah di pantai.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan peranan penyelamat pantai dengan menganjurkan program Langkawi Lifeguard Challenge 2023.

Program yang disertai seramai 150 orang kakitangan APM dari seluruh negeri Kedah dan juga wakil dari hotel-hotel di Langkawi ini tidak hanya menumpukan kepada asas teori penyelamatan pantai semata-mata tetapi juga demonstrasi dan latihan secara fizikal.

MKN Kedah berpeluang untuk memberikan sedikit perkongsian kepada peserta program mengenai isu-isu keselamatan semasa dan juga peranan komuniti dalam mengekang masalah keselamatan sosial. Perkongsian telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …