LAWATAN STRATEGIK INFASTRUKTUR UTAMA NEGARA KE MENARA MERDEKA 18

Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berkesempatan mengadakan Program Lawatan Strategik Infrastruktur Utama Negara ke Menara Merdeka 118 yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh Encik Mohamad Shukri bin Nawi, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama para pegawai daripada MKN WPKL dan juga Bahagian Sempadan Darat, MKN Ibu Pejabat.

Pihak kami telah disambut oleh Encik Amir Soffian, Vice President, Head of Facilities Management dan Encik Mohd Shukri Haron, Assistant Vice President of Stakeholder Relations and Land Management. 

Seterusnya, pihak kami telah diberi taklimat mengenai pengoperasian bangunan mercu tanda negara tersebut dan dibawa melihat pemandangan di sekitar Kuala Lumpur dari tingkat 116. Menara Merdeka 118 bukan sekadar projek ikonik bertaraf dunia, malahan turut melambangkan kebudayaan dan sejarah kemerdekaan negara. 

 

 

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama   #MenaraMerdeka118

Artikel/Berita Terkini

CARA ELAK KOD QR PALSU

Kemudahan kod QR boleh menjadi perangkap sekiranya disalah guna oleh penjenayah siber. Sebelum membuat sebarang imbasan, pastikan kod QR diperoleh …

KESIAN BUKAN TIKET LEPAS

Sikap simpati bukan alasan untuk melindungi individu yang diketahui melanggar undang-undang imigresen. Di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, individu …

PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO-RIMBA DI TERENGGANU

Taman Eko-Rimba merupakan antara destinasi pilihan masyarakat untuk melakukan aktiviti rekreasi dan menikmati keindahan alam semula jadi. Kawasan ini sering …