LEBIH 100 RUMAH TERJEJAS BANJIR, SATU PPS DIBUKA

BANDARAYA Melaka 14 Ogos – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan lebih 100 buah rumah di daerah Melaka Tengah di sini dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata PPS Dewan Japerun Pantai Kundor dibuka bermula jam 9.06 pagi tadi rumah kediaman mangsa mula terjejas banjir.

“Berdasarkan maklumat awal diterima, antara kawasan yang dinaiki air membabitkan 25 buah rumah di Kampung Pengkalan Rama, tujuh di Taman Elok, Taman Panglima (8), Taman Bukit Serindit (6) dan Kampung Pengkalan Rama Tengah (49).

“Turut terjejas banjir di Kampung Air Leleh membabitkan 12 buah rumah dan Banda Kaba yang melibatkan kira-kira 30 buah rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat sebenar jumlah mangsa yang terjejas dan akan memaklumkan perkembangan itu dari masa ke semasa.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut