JAM MERDEKA SIMBOLIK PERPADUAN KAUM MASJID TANAH CAPAI KEMERDEKAAN

MASJID TANAH 14 Ogos – Bukan sekadar mercu tanda ikonik di Masjid Tanah, Menara Jam Merdeka terletak di persimpangan utama pekan itu juga menjadi bukti perpaduan antara kaum yang bersama-sama meraikan kemerdekaan negara.

Sekukuh binaan struktur bangunan berkenaan, itulah gambaran keakraban hubungan antara kaum di Masjid Tanah yang masih segar hingga ke hari ini.

Menara itu menjadi simbolik perpaduan kerana ia adalah hasil kesepakatan tiga kaum utama di pekan Masjid Tanah suatu ketika dahulu.

Menceritakan kisah itu, orang lama yang merupakan penduduk asal Masjid Tanah, Ishak Hussin, 80, berkata, hasil kesepakatan kesemua kaum ketika itu setuju bersama-sama mengumpulkan wang bagi membiayai pembinaan menara berkenaan.

Katanya, menara berkenaan adalah simbolik memperingati hari kemerdekaan negara yang diperjuangkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Menurutnya, ketika itu pimpinan akar umbi daripada Parti Perikatan yang memperjuangkan hak kemerdekaan negara telah bertekad untuk membina menara dan orang kampung mula mengumpul wang derma daripada setiap kaum.

“Hasilnya, sehingga hari ini menara setinggi bangunan dua tingkat itu masih kekal hasil perpaduan yang wujud, sama ada Melayu, Cina dan India kami semua bersatu hati ketika itu untuk mencapai kemerdekaan.

“Ramai anak muda yang tidak tahu simbolik menara jam itu, saya berharap bangunan ikonik ini patut diketengahkan untuk memastikan nilai perpaduan seluruh kaum menjadi benteng kepada keharmonian negara kita,” katanya

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut