ASTRO CAMP: URBAN ASTRONOMY

PORT DICKSON, 22 Jul – Sebuah program perkongsian ilmu astronomi “Astro Camp: Urban Astronomy” telah diadakan sebagai salah satu aktiviti sempena Bulan Falak Negeri Sembilan 1445H/2023 anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan kerjasama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bertempat PD Forest Sungai Menyala, Port Dickson selama 2 hari berakhir semalam.

Peserta yang hadir telah datang daripada pelbagai agensi antaranya Planetarium Negara, Balai Cerap Selangor, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Sembilan, guru-guru & pelajar Kelab Falak Sekolah-sekolah Negeri Sembilan serta penggiat astronomi amatur Malaysia.

Dalam program tersebut, para peserta telah dibawa ke Dataran Astronomi PD Forest Sungai Menyala dan mempelajari cara-cara menggunakan Jam Matahari dan teknik-teknik astrofotografi langit malam. Sesi penerangan dan perkongsian telah dikelolakan oleh Pengasas FalakOnline, Shahrin Ahmad bersama Penolong Pegawai Kanan, Unit Kompleks Baitul Hilal MAINS, Muzamir Mazlan.

 

Sumber: FB MAINS

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut