TAMBAHAN 11 PEDI DI NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN: Sebanyak RM2 juta peruntukan tambahan setahun disediakan pihak Kementerian Komunikasi dan Digital bagi pembinaan dan pengoperasian 11 buah lagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Negeri Sembilan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, proses pembinaan PEDi berkenaan sedang dilaksanakan ketika ini iaitu di Ampangan, Sikamat, Temiang, Johol, Kuala Pilah, Seri Menanti, Bukit Kepayang, Mambau, Rahang, Seremban Jaya dan Chuah.

Beliau dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pada waktu ini terdapat 51 PEDi di seluruh Negeri Sembilan,  ada 11 buah lagi akan dibina dengan implikasi kewangan kepada SKMM sebanyak RM2 juta setahun.

Tambah beliau, SKMM kini dalam proses bagi menjalankan aktiviti PEDi di lokasi sementara bagi memastikan komuniti setempat menikmati kemudahan perkhidmatan PEDi. Sebanyak 1,878 Komuniti Madani telah ditubuhkan di seluruh negara dan 108 daripadanya adalah di Negeri Sembilan yang melibatkan 36 kawasan DUN.

Komuniti MADANI merupakan badan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan Malaysia untuk menyalurkan informasi yang tepat dan sahih serta menyebar luas inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ke peringkat akar umbi secara berterusan.

Komuniti MADANI juga berfungsi sebagai platform untuk menjelaskan dan menangani isu, fitnah dan berita palsu justeru kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan aktif masyarakat melalui Komuniti Madani untuk menyampai dan menjelaskan maklumat yang sahih, telus dan bermanfaat.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …