LAWATAN KE PUSAT KUARANTIN COVID 19

Menteri Besar, YAB Dato’ Saarani Mohamad petang semalam meluangkan masa meninjau dua Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) iaitu di Arena Badminton Perak dan Ulu Kinta, Ipoh.

Dalam lawatan bermula pukul 5 petang itu, Menteri Besar meluangkan masa kira-kira 40 minit di setiap PKRC berkenaan.

Sempena lawatan itu, Menteri Besar diberi taklimat mengenai operasi di kedua-dua PKRC oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr. Ding Lay Ming dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Tuan Khairul Ridzuan Mat Said.

Dalam taklimat berkenaan, Menteri Besar dimaklumkan bahawa operasi di kedua-dua PKRC berkenaan berjalan lancar dengan kapasiti katil masih dapat menampung jumlah pesakit yang sedia ada.

Dalam lawatan itu, Menteri Besar turut memberi kata-kata semangat kepada petugas frontliners dan pesakit yang ditempatkan di kedua-dua pusat berkenaan.

Menteri Besar juga menyampaikan bantuan barangan keperluan termasuk makanan dan minuman kepada petugas frontliners di kedua-dua PKRC tersebut.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …