MALAYSIA-INDONESIA: MAJLIS MENANDATANGANI 6 INSTRUMEN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan TYT Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia menyaksikan majlis menandatangani 6 Instrumen bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala Malaysia-Indonesia dalam bidang lintas sempadan, perdagangan dan pelaburan, pensijilan halal dan persempadanan laut wilayah.
Kedua-dua Pemimpin bersetuju untuk bekerjasama rapat dalam menangani langkah diskriminasi terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU). YAB Perdana Menteri dan Presiden Jokowi menekankan bahawa EU perlu segera menangani langkah diskriminasi tersebut dan berusaha ke arah penyelesaian yang adil dan saksama.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Luar Negeri dan PYT Retno Marsudi, Menteri Luar Indonesia turut mengiringi Pemimpin masing-masing dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Jun di Seri Perdana.
Mereka menilai kemajuan bidang kerjasama hubungan dua hala 🇲🇾🇮🇩 dan menyatakan komitmen untuk menggalakkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini untuk kemakmuran bersama.
Kedua-dua pihak turut membincangkan perkembangan terkini di Myanmar dan menyatakan kebimbangan terhadap keganasan yang berterusan di negara itu. Kedua-dua pihak menyeru Myanmar untuk melaksanakan sepenuhnya Kemuafakatan Lima Perkara (5PC) dan mengulangi pendirian bahawa 5PC kekal sebagai rujukan utama ASEAN.
Kedua-dua pihak turut menegaskan kepentingan memelihara Kepusatan ASEAN dalam mengekalkan dan menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Tenggara dan kawasan Asia Pasifik dan Lautan Hindi secara amnya.
Kedua-dua Pemimpin mengalu-alukan Konsultasi Tahunan Pemimpin Ke-13 yang akan dihoskan oleh Republik Indonesia.
Sumber:

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut