MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM – Pada 15 Mei 2023 Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan (JKKN) Negeri Selangor Bilangan 1/2023 telah diadakan di Bilik Gerakan MTES Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Amirudin Shari Menteri Besar Selangor pertama kali telah diadakan setelah beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri Selangor oleh YAB Perdana Menteri berkuatkuasa pada bulan februari yang lalu.

Mesyuarat turut dihadiri YB Setiausaha Kerajaan Negeri, ketua jabatan pelbagai agensi keselamatan dan juga para pegawai daerah bagi membincangkan isu-isu semasa dan keselamatan di negeri Selangor. Mesyuarat juga turut membincangkan mengenai kes-kes penipuan online yang sering dilaporkan mutakhir ini.

 

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …