60 PERATUS BEKAS TENTERA PILIH JADI USAHAWAN – ADLY

SEREMBAN – Kira-kira 60 peratus bekas anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya kedua mereka.Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, bagaimanapun kementerian sentiasa menyusun peluang pekerjaan lain bagi memastikan kehidupan mereka lebih terjamin selepas bersara.

Walaupun pihaknya tahu hampir 60 peratus veteran berminat dalam bidang keusahawanan, namun bidang pekerjaan lain juga adalah satu peluang yang dapat beri mereka kehidupan lebih baik. Pihaknya juga memberi peluang kepada veteran dan terpulang kepada mereka untuk menentukan masa depan, yang penting mereka mesti ada pendapatan selepas bersara dalam usia 40 tahun.

Menurut Adly, pihaknya akan menyusun semula peluang pekerjaan di dalam Kementerian Pertahanan sendiri sama ada dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat-syarikat swasta yang berkaitan dengan kementerian itu. Ini kerana katanya, secara purata hampir 5,000 tentera yang tamat perkhidmatan setiap tahun. Peluang pekerjaan yang kita lihat untuk veteran bukan saja melibatkan bidang keusahawanan tetapi juga industri dan dalam kapasiti Kementerian Pertahanan itu sendiri.

Selain itu katanya, kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) telah meluluskan 147 permohonan baik pulih rumah dan 40 bina rumah baharu tahun ini. Keutamaan akan diberi kepada golongan B40 dan permohonan yang diterima setiap tahun adalah meningkat.

Sementara itu katanya, berdasarkan data veteran ATM yang telah berdaftar dengan JHEV ATM sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 108,589 veteran berpencen, 70,188 veteran tidak berpencen dengan jumlah keseluruhan 178,777 veteran.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut