WABAK PENYAKIT AFRICAN SWINE FEVER (ASF) DI NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT 

Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV) Negeri Pulau Pinang telah diarahkan untuk menguruskan wabak penyakit African Swine Fever (ASF) di Negeri Pulau Pinang berdasarkan kepada punca kuasa seperti berikut:  

  • Akta Binatang 1953 (Akta 647) 
  • Warta Perintah Kawasan Kawalan Penyakit African Swine Fever (Negeri Pulau Pinang) 2022 Di Bawah Peruntukan Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 [Akta 647] Dan Perintah Kawalan Penyakit African Swine Fever (Negeri Pulau Pinang) 2022 Di Bawah Peruntukan Subseksyen 36 (2) Akta Yang Sama  
  • Warta Perintah Kawasan Pembasmian Penyakit African Swine Fever (Negeri Pulau Pinang) 2022 Di Bawah Peruntukan Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 [Akta 647] Dan Perintah Pembasmian Penyakit African Swine Fever (Negeri Pulau Pinang) 2023 Di Bawah Peruntukan Subseksyen 36 (2) Akta Yang Sama  
  • Enakmen Penternakan Babi 2016 
  • Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 

 Polisi “stamping out” dijalankan disebabkan penyakit ASF masih belum ada ubat atau vaksin yang berkesan untuk merawat ternakan yang dijangkiti atau mencegah jangkitan virus ASF ke atas ternakan babi. Ia berpandukan kepada Protokol Veterinar Malaysia (PVM)  bagi penyakit ASF dan diamalkan untuk mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF ke ladang-ladang lain. Stamping out juga dapat “membendung” virus agar penternak dapat menternak semula dengan selamat, babi bebas dari penyakit asf dan menjamin bekalan daging babi dalam negara. 

 Tindakan yang diambil jika ladang ternakan didapati positif ASF adalah: 

  • Notis 18 – Kuarantin sebab disyaki penyakit serta ada kiraan ternakan. Sampel dihantar untuk ujian makmal.  
  • Notis 19 – pelupusan setelah disahkan dijangkiti. Kiraan semasa pelupusan dan jika jumlah kurang ,Tindakan boleh ambil tindakan dibawah Seksyen 34 Akta Binatang atau Kanun keseksaan 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …