PERTAHAN INSTITUSI MASJID, JANGAN JADI GELANGGANG POLITIK – AGONG

PENGKALAN BATU – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar umat Islam mempertahankan institusi masjid daripada menjadi gelanggang politik.

Baginda hari ini bertitah masjid perlu menjadi institusi yang suci, mulia dan dihormati sekali gus menjadi contoh kepada agama yang lain.

“Kita tak mahu adanya institusi masjid ini tempat kita berpecah belah…Nauzubillah. Kita semua harus menentukan keharmonian masjid ini dipelihara oleh umat Islam, bukan pemimpin semata-mata tetapi kariah masjid berkenaan.

“Saya akan sentiasa ingatkan khususnya di Pahang, masjid tidak boleh dicampuri unsur-unsur politik waima siapa sekali pun,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razzaaq dan Majlis Berbuka Puasa di Bachang di sini hari ini.

Mengiringi baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Al-Sultan Abdullah.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Turut menyambut ketibaan baginda Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri, Datin Seri Zuriyah Abd Aziz.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menguruskan lawatan baginda ke Negeri Melaka sebelum ini.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas setiap persiapan (untuk menyambut keberangkatan tiba). Saya menghargai usaha dicurahkan Sulaiman.

“Hari ini begitu besar erti kepada saya dan keluarga dapat hadir (ke Melaka), kali ketiga sejak 2019. Dalam masa tiga, empat tahun ini saya dapat kenal tiga Ketua Menteri seperti mana saya berpengalaman di Kuala Lumpur dengan empat Perdana Menteri.

“Ini satu sejarah bagi saya dan keluarga dan sudah tentu ini akan tercatit dalam sanubari dan ingatan saya selepas saya pulang ke Pahang nanti,” titah baginda.

PENGKALAN BATU 05 APRIL 2023. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada Majlis pemasyhuran Masjid Ar-Razzaaq dan Majlis Santapan Berbuka Puasa Bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Pasir Puteh, Bachang, Melaka. Turut serta Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Foto: MR. AZLI

Pada majlis itu baginda berkenan memasyhurkan masjid itu serta mengurniakan sumbangan kepada 100 penerima terdiri daripada golongan asnaf.

Pasangan Diraja itu juga berkenan solat Maghrib berjemaah bersama rakyat jelata.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut