#RAMADAN1444H: WAKTU OPERASI PUSAT DERMA DARAH

Waktu operasi Pusat Pendermaan Darah Statik Pusat Darah Negara sepanjang bulan Ramadan 2023/1444H.

Bagi penderma beragama Islam, anda boleh menderma darah selepas berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini. Anda boleh berbuka puasa dan menderma darah di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak pada Hari Isnin sehingga Jumaat dan Suite Derma Darah Puspanita, Putrajaya pada Hari Jumaat sehingga Ahad. Sila isi link https://forms.gle/aPYGfQTDYSUm77NQ7 untuk membuat temujanji.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Siapa yang meringankan salah satu daripada kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu daripada kesusahannya di Hari Kiamat.
Riwayat Muslim (2699)

Penderma darah bukan beragama Islam diminta untuk hadir menderma darah sepanjang bulan Ramadan ini bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk pesakit yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pdn.gov.my

#darahtakpernahcuti
#unitpemasaranpdn
#Ramadan1444H

 

SUMBER: FB PUSAT DERMA DARAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …