MBS USAHA ‘PECAH’ KESUNYIAN SEREMBAN

SEREMBAN: Pusat bandar Se­remban yang sering dikatakan sebagai bandar sunyi tanpa ada daya tarikan akan diberikan lebih tumpuan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi dikunjungi orang ramai.

Menurut Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali ber, untuk tujuan itu pihaknya akan lebih kerap mengadakan program berbentuk persembahan termasuk kebudayaan.

Bandar Seremban dilihat sunyi sebelum ini,  menerusi penganjuran program seperti acara Malam Pesona Seni ia dilihat dapat menghidupkan suasana bandar Se­remban.

MBS juga berhasrat untuk menyediakan lebih peruntukan bagi mencantikkan bandar Serem­ban dengan mewujudkan lebih banyak taman rekreasi, ia bagi membolehkan warga Se­remban rasa lebih seronok, dapat menjalankan aktiviti rek­reasi dan meluangkan lebih ba­nyak masa di bandar ini.

MBS juga akan mengeluarkan produk-produk baharu termasuk penyediaan pakej-pakej menarik sebagai usaha merancakkan aktiviti pelanco­ngan di bandar raya ini.

Ia seperti gabungan pelancongan sejarah iaitu rumah-rumah tradisional di mukim Pantai yang turut mempunyai resort penginapan serta rangkaian restoran yang menampilkan juadah dan masakan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, bagi memastikan Seremban menjadi sebuah bandar raya yang selesa didiami, MBS mahu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai termasuk berkaitan pengurusan aduan.

MBS mahu menguruskan aduan secepat mungkin, ada beberapa perkara akan dilakukan untuk tujuan itu seperti mewujudkan unit khusus mela­yan dan bertindak menyelesaikan aduan penduduk.

Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …