BALAI BOMBA BAKAL DIBINA DI PULAU REDANG DAN PULAU PERHENTIAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Terengganu dalam usaha membina balai bomba di Pulau Redang dan Pulau Perhentian bagi mengawal risiko kebakaran di lokasi peranginan tersebut. Menurut Pengarah JBPM Terengganu, Hassan ‘As’ari Omar, pihaknya telah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan sebuah balai bomba gred D dengan anggaran kos sehingga RM5 juta.

Selain itu, kepadatan penduduk di Pulau Redang dan Pulau Perhentian  menyebabkan wujud risiko kebakaran yang ketika ini bergantung kepada pasukan bomba sukarelawan (PBS) jika berlaku bencana. JBPM negeri juga sudah menghantar permohonan kepada Pejabat Daerah Kuala Nerus serta Besut dan difahamkan permohonan itu sudah berada dalam pengetahuan pihak berwajib untuk proses penilaian sebelum diluluskan. Pada masa kini, penduduk dibantu PBS dan JBPM negeri memang merancang untuk menaik taraf kemudahan dengan pembinaan balai bomba bersifat kekal.

 

SUMBER: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …