274 DITAHAN DALAM OP TAPIS KHAS DI KELANTAN

KOTA BHARU, 3 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan menahan 274 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM49,087.80.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan dilakukan dalam Operasi Tapis Khas Se-Malaysia yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan selama tiga hari bermula Isnin lalu sehingga Jumaat. Operasi tersebut melibatkan kekuatan 159 pegawai dan anggota.

Sebanyak 274 tangkapan dibuat atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun (AR) 1952.

Beliau turut memaklumkan bahawa, kesemua yang ditangkap berumur antara 18 hingga 61 tahun yang terdiri daripada 217 lelaki manakala tiga perempuan.

Pelbagai jenis dadah berjaya dirampas yang dianggarkan bernilai RM49,087.80 melibatkan dadah jenis Heroin sebanyak 6.44 gram (g), ganja (14.43g), pil kuda (463.2g), pil psikotropik (0.3g), daun ketum (3 kilogram), air ketum (132.45 liter) dan cecair kodien (0.62 liter).

Ketua Polis Kelantan memberitahu, jumlah dadah yang dirampas tersebut dianggarkan boleh digunakan untuk seramai 4,877 penagih dadah.

Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita harta iaitu kenderaan dan wang tunai berjumlah RM 50,511. Melalui operasi ini, sejumlah 155 lokasi pemeriksaan dan serbuan dijalankan melibatkan ‘sarang’ dadah antaranya di kebun getah dan kelapa sawit.

PDRM Kelantan khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Kelantan.

Berita penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/247898/berita/semasa/274-ditahan-dalam-op-tapis-khas-di-kelantan?utm_source=Sinar+Harian&utm_medium=Sinar+Harian&utm_campaign=274+ditahan+dalam+Op+Tapis+Khas+di+Kelantan

 

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut