PROGRAM JOHOR BERSIH 2.0 MUKIM TANJUNG KUPANG

JOHOR BAHRU, 5 Mac – Pentadbiran Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah telah menganjurkan aktiviti joging dan mengutip sampah (Plogging) bertempat di kawasan lapang berhampiran jeti nelayan Kampung Ladang pada pagi ini.
Seramai 50 orang sukarelawan terdiri daripada penduduk kampung, anggota agensi kerajaan dan swasta serta pemimpin tempatan telah bergotong-royong membersihkan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli hasil tangkapan laut dan menikmati pemandangan alam sekitar.
Turut sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, YB Datuk Haji Pandak Haji Ahmad.
Menurut beliau, selain sebagai senaman ketika melaksanakan aktiviti plogging sebegini, sisa sampah yang dikutip ini dapat mengurangkan risiko punca berlakunya banjir di kawasan setempat apabila saliran air sekeliling akan menjadi lancar dan tidak tersumbat terutamanya pada musim hujan seperi sekarang.
Aktiviti selama satu jam ini berjaya mengutip sisa sampah sebanyak lebih kurang 150 kilogram yang kebanyakannya adalah sisa bahan plastik.
Semoga Mukim Tanjung Kupang akan terus kekal bersih sebagaimana saranan Menteri Besar Johor dan tahniah kepada semua yang terlibat.
May be an image of 4 people, people standing and outdoors
May be an image of 9 people, people standing and outdoors
May be an image of 2 people, people standing, outdoors and text that says "N49 TKR 10MD"
May be an image of 3 people, people standing, outdoors and text that says "SUNWAY*"
May be an image of 4 people, people standing, body of water and text that says "N49"
May be an image of 12 people, people standing and outdoors

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …