MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PUSAT PEMINDAHAN DI MELAKA MENINGKAT LAGI

AYER KEROH 3 Mac – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka meningkat kepada 144 orang pagi ini berbanding 99 orang tengah malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata setakat jam 8 pagi ini, daripada jumlah itu, 12 orang yang membabitkan enam keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun, Alor Gajah.

Katanya, pemindahan mangsa banjir di daerah itu susulan kenaikan air akibat hujan lebat sejak dua hari lalu membabitkan Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek, Kampung Panchur, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau.

“Bagi daerah Jasin, 36 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS SK Chohong manakala 36 lagi daripada enam keluarga ditempatkan di PPS SK Seri Mendapat dan 60 mangsa membabitkan 14 keluarga ditempatkan di PPS Parit Penghulu.

“Antara kawasan yang terjejas banjir di daerah itu adalah Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong dan Sempang Bekoh.

“Turut terjejas banjir, Kampung Tersusun Seri Mendapat, Kampung Janda Berhias, Kampung Parit Penghului dan Kampung Tasik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …