TAYANGAN FILEM MADANI COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG BERSAMA MAJLIS KESELAMATAN NEGERI SABAH

 

Kota Kinabalu, Sabha 24 Februari 2023 : Berhibur sambil menghayati semangat patriotisme melalui filem.

Semangat yang ingin ditampilkan oleh sektor keselamatan negara, promosi untuk mendalami tugas tugas anggota keselamatan kita kini digarap melalui filem.

Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah mengambil kesempatan ini untuk menerapkan semangat dan jatidiri di kalangan anggota masyarakat dan agensi strategik.

Mendokong agenda Malaysia Madani melalui penerapan kepentingan menjaga keselamatan, dan mematuhi peraturan berkaitan sempadan Negara.

Kejayaan dan sambutan luar biasa filem Mat Kilau membuktikan bahawa filem berperanan besar dalam menyuntik semangat patriotik di kalangan masyarakat awam.

Tayangan filem dan seni sebagai platform untuk menjulang perjuangan menegakkan negara bangsa oleh wira negara dan pasukan keselamatan di tanah air.

Memahami dengan lebih dekat skop tugas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di samping TLDM dan Polis Marin. Memberi gambaran jelas kepada hadirin bahawa Kerajaan serius dan giat melaksanakan tindakan penguatkuasaan di sempadan perairan Negara.

Sebagai tanda sokongan kepada pasukan keselamatan dan industri filem tempatan.

Wadah bagi Sesi get together untuk merapatkan silaturrahim antara agensi dan warga MKN.

Memanfaatkan hiburan di samping membina jati diri cintakan Malaysia kerana platform ini merentas bangsa, umur dan latar belakang.

Sebagai wadah untuk membina jaringan kerjasama dan meneroka potensi kolaborasi  berterusan sesama agensi pada masa hadapan.

Terima kasih semua agensi yang menjayakan program ini

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
TLDM
JPNIN Sabah
Polis Sabah
Angkatan Tentera Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Markas Pemerintahan Armada
Jabatan Penerangan Sabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …