DKN 2021-2025 – Nilai Teras Keselamatan Negara No. 7 : Pembangunan Mampan

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah melancarkan sebuah kerangka sebagai panduan menyampaikan nilai mampan dengan integrasi amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ke dalam perniagaan terasnya.
Kerangka Kelestarian : Bersama Ke Arah Masa Depan Yang Mampan yang dilancarkan itu menterjemahkan komitmen berterusan PTP untuk terus memacu kemampanan dalam industri pelabuhan dan logistik.
Bagi tujuan tersebut, PTP telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) untuk menanam semula 160,000 pokok bakau di Tanjung Piai dalam tempoh lima tahun bagi melindungi hutan bakau dan biodiversitinya dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) mewujudkan pusat kitar semula komuniti dengan objektif meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu alam sekitar. Selain itu, PTP turut menandatangani ikrar bersama Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai komitmen dalam mewujudkan masa depan yang mampan bersama rakan kongsi strategiknya.
Tahniah PTP kerana mengambil langkah untuk memperkukuhkan nilai teras keselamatan negara iaitu pembangunan mampan dalam memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai keseimbangan pembangunan ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar.
May be an image of 9 people, people standing and indoor
May be an image of 2 people, people standing and indoor
May be an image of 6 people and people standing
May be an image of 6 people and people standing

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …