RE-ENGENEERING FUTURE EXPERTS ON NATIONAL SECURITY ISSUES PERINGKAT NEGERI PERAK

Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak telah melaksanakan program yang membicarakan isu-isu berhubung keselamatan negara bersama 12 orang pegawai-pegawai daerah negeri Perak.

Sebanyak 4 sesi taklimat telah dilaksanakan yang merangkumi Bahagian Kedaulatan Keselamatan Maritim dan Udara (BKKM), Agensi Keselamatan Siber (NACSA), Bahagian Pengurusan Sempadan Darat (BPSD) dan Bahagian Pengurusan Krisis dan Perisikan Negara (BPPKN). Sesi perkongsian ini merupakan salah satu intipati penting bagi memastikan kedaulatan serta keutuhan negara terus terpelihara.

Delegasi para pegawai daerah yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan)) telah disambut oleh YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad KP MKN.

Diharapkan dengan pelaksanaan ini berupaya memberikan impak maksima dan sebagai wahana penghubung kerjasama strategik di peringkat negeri Perak bersama Majlis Keselamatan Negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …