OP SAMSENG JALANAN DI DAERAH BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: Keselamatan Rakyat

(Penguatkuasaan Undang-Undang)

 

Satu operasi ‘OP Samseng Jalanan’ telah dijalankan oleh Task Force Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Barat Daya yang terdiri daripada lima (5) anggota di kawasan Bayan Baru – Lebuhraya Tun Dr Lim Cheung Eu pada 21 Febuari (Selasa), bermula jam 10 malam hingga 3 pagi.

Dalam operasi tersebut, pihak PDRM telah mengesan satu (1) motorsikal yang memakir tepi jalan Kolam Ikan Bayan Lepas dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan mendapati motosikal itu didapati hilang di Sg Nibong Daerah Timur Laut. Motosikal telah di bawa ke Balai Trafik Bayan Lepas Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. Dalam operasi ini juga (3) buah motosikal telah disita dan sebanyak (15) keping saman telah dikeluarkan atas lain-lain kesalahan.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Barat Daya akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa bagi mengekang aktiviti samseng jalanan ini.

 

Salurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian,

04-8664122,

0192238169 ( whatsapp) atau

Facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …