KAWASAN PANAS PATI LEMBAH KLANG

SHAH ALAM- Kawasan Lembah Klang dikenal pasti menjadi lokasi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) membina penempatan haram sejak lebih 30 tahun lalu. Menurut Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr Mohd Mizan Mohd Aslam, kawasan sekitar Lembah Klang menjadi tumpuan PATI berasaskan faktor lokasi strategik serta mempunyai akses jaringan mampan demi kemandirian golongan terbabit dan antara punca kewujudan kawasan penempatan haram pendatang asing semakin banyak disebabkan jumlah anggaran kasar tidak rasmi bagi PATI di Lembah Klang termasuk etnik Rohingya sudah mencecah 500,000 hingga 600,000 orang.

Antara Faktor-Faktor Menyumbang Lubuk PATI di Lembah Klang:

  • Terdapat kemudahan asas yang mudah didapati seperti kedai, sekolah dan lain-lain premis
  • Penerokaan tanah kosong yang terselindung dan tersembunyi tanpa kebenaran pihak berkuasa
  • Jaringan perhubungan diantara satu sama lain dan juga penglibatan warga tempatan
  • Sikap tidak endah masyarakat terhadap kewujudan PATi di sesebuah lokasi

Susulan daripada serbuan ke atas sebuah perkampungan haram PATI di Cyberjaya yang telah berselindung di sebalik kawasan bukit dan hutan bagi mengaburi kewujudan penempatan tersebut. Pihak Jabatan Imigresen telah berjaya menahan 55 warga Indonesia ketika operasi tersebut dilaksanakan pada 15 Februari 2023 yang lalu..

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PENGANGGUR MILIKI 33 REKOD JENAYAH BERJAYA DIBERKAS DI TAWAU

TAWAU (7 Mei):  Polis menahan dua orang suspek lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kes memecah masuk sebuah kedai runcit di …
Maklumat Lanjut