Pada 13 Februari 2023, bermula jam 10.30 am, satu pemeriksaan dan penilaian keselamatan oleh Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) Negeri Terengganu telah dilaksanakan di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bunga, Besut yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO) dengan koordinasi bersama agensi perisikan dan keselamatan negeri serta MKN Terengganu untuk mengkaji, menilai tahap ancaman keganasan di tempat-tempat awam dan infrastruktur utama negara melalui laporan keberdaya tahanan dan dignostik risiko secara berterusan bagi meningkatkan keselamatan tempat dan kemudahan awam daripada ancaman pengganas/penjenayah.
Satu sesi taklimat telah dilaksanakan bagi menerangkan secara terperinci berhubung keselamatan, contingency plan dan pengoperasian sistem yang mengagihkan serta membekalkan sumber air terawat kepada seluruh penduduk di Daerah Besut dan juga turut meliputi beberapa tempat di Kelantan.
Selain itu, lawatan ke tempat operasi loji rawatan air ini juga dilaksanakan bagi melihat dengan lebih jelas tahap keselamatan serta koordinasi operasi sistem tersebut selain melihat penambahbaikan/teguran yang telah dilaksanakan hasil dari pemeriksaan yang lepas.