JKNT BERJAYA MERAMPAS LEBIH 500 PRODUK TIDAK BERDAFTAR DAN KOSMETIK TIDAK BERNOTIFIKASI

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berjaya merampas sebanyak 544 jenis produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dalam tempoh dua tahun sejak 2021. Semua rampasan dianggarkan bernilai RM945,727 adalah merupakan hasil daripada 121 operasi yang dijalankan di seluruh negeri sepanjang tempoh tersebut.

Sejak tahun 2019 sehingga 2020, sebanyak 121 operasi penguatkuasaan telah diadakan dan melibatkan rampasan 1,231 jenis produk dan kosmetik bernilai lebih RM1.19 juta. Kebanyakan produk yang dirampas oleh penguatkuasa adalah ubat-ubatan tidak berdaftar dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi sentiasa menjalankan pemantauan dan operasi serbuan ke atas pelbagai jenis premis termasuk penjualan dalam talian produk tidak berdaftar serta kosmetik tidak bernotifikasi dengan KKM.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong mengingatkan orang ramai supaya hanya menggunakan produk berdaftar dan kosmetik bernotifikasi dengan KKM bagi mengelak kesan negatif kepada kesihatan diri.

Oleh itu, orang awam boleh menyemak status pendaftaran produk melalui sesawang https://npra.moh.gov.my atau menggunakan aplikasi FarmaChecker dari Google Playstore atau App Store.

SUMBER: SINAR HARIAN, JKNT

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …