JPJ PULAU PINANG: OPS KHAS ULAT & E-HAILING

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

 

OPS KHAS ULAT DAN E-HAILING.

Bayan Lepas, Pulau Pinang.

28 Januari 2023.

Unit Operasi bersama  Unit Siasatan dan Risikan, JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan Khas Ops Ulat dan e-hailing iaitu melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram, di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sebanyak ENAM (6) pemandu kenderaan telah dikenakan tindakan iaitu empat (4) di bawah Seksyen Seksyen  205(1)  Memujuk dan Mendesak (ulat) bagi  Penawaran Perkhidmatan Tanpa Kuasa yang Sah, dan dua (2) lagi  di bawah Seksyen 22 APAD 2010. Penumpang yang diambil adalah pelancong warganegara luar dan tempatan dengan dikenakan kadar bayaran mengikut destinasi yang dituju.

Seksyen 205(1) APAD 2010, sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit ( RM 50,000 ) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya dan Seksyen 22 APAD 2010, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang satu ribu ringgit ( RM 1,000 ) tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit (RM 500,000) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kepada orang awam yang ingin menggunakan perkhidmatan kenderaan adalah dinasihat menggunakan awam yang sah dan berlesen supaya perjalanan anda lancar dan selamat kedistinasi dituju. Tindakan penguatkuasaan berterusan akan terus dilaksanakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu dan pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram.

Sumber:

JPJ Pulau Pinang

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …