`JANGAN PANDANG REMEH HAL FARAID’ – KETUA HAKIM SYARIE

JELEBU: Umat Islam perlu memahami asas ilmu faraid, terutama cara pembahagian faraid dan hubung kait adat perpatih di negeri ini dengan hukum faraid yang ditetapkan Islam.

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Datuk Abas Nordin, berkata masih ada segelintir masyarakat yang tidak memahami hukum hakam berkaitan ilmu faraid dan hikmahnya.

Katanya, kegagalan masyarakat memahami ilmu faraid ini menyebabkan berlaku perebutan harta pusaka hingga terputus hubungan silaturahim dan pecah belah dalam kalangan ahli keluarga dan sanak saudara.

“Tidak menghairankan ada dalam kalangan kita sanggup melalui proses mahkamah bagi menuntut harta yang ditinggalkan sedangkan jelas mengikut hukum faraid tidak layak menerima harta berkenaan.

“Kita mahu orang ramai memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan faraid dan bagaimana pembahagian harta itu dilaksanakan berdasar hukum faraid,” katanya ditemui selepas program Karnival Literasi Undang-Undang Syariah 2022 di Kuala Klawang, di sini hari ini.

Program bertemakan Waris dan MAINS: Penghabis Harta Pusaka dirasmikan Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad.

Abas berkata, menurut istilah syarak, faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang meninggal dunia sama ada meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya, maka harta peninggalan si mati akan dibahagikan kepada ahli warisnya seperti anak, isteri, suami, ibu dan lain-lain mengikut hukum Islam.

Katanya, harta yang tidak dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta).

“Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara faraid adalah tanah, barang kemas, insurans serta wang tunai, bangunan dan binatang ternakan,” katanya.

“Sebelum kedatangan Islam, terutama pada zaman jahiliah, anak perempuan, isteri, ibu dan ahli waris perempuan yang lain langsung tidak diberikan hak dalam harta pusaka, namun situasi itu berubah selepas kedatangan Islam apabila Allah mensyariatkan suatu sistem pusaka yang lebih adil,” katanya.

Justeru, bagi memberi lebih penerangan kepada umat Islam, khutbah bertajuk Waris Asobah: Antara Penghabis Harta dan Tanggungjawab akan disampaikan di seluruh masjid di Negeri Sembilan, Jumaat ini.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …