LABUAN BAWA PULANG SATU EMAS, DUA GANGSA DALAM STATE PRIMARY SCHOOL KARATE CHAMPIONSHIP 2022

Labuan Bawa Pulang Satu Emas, Dua Gangsa dalam Sabah State Primary School Karate Championship 2022.
LABUAN, 29 Nov – Pasukan Karate Labuan berjaya membawa pulang satu pingat emas dan dua pingat gangsa dalam Sabah State Primary School Karate Championship 2022, pada pada 26 hingga 27 November lalu.
Menurut satu kenyataan Persatuan Karate Labuan, pingat emas hadir melalui pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Wen, Nur Ariesya Dayana Asmadie dalam kategori Kumite Perempuan 10 Tahun +30kg.
“Dua lagi pingat gangsa diperolehi menerusi Muhammad Adil Mohd Badruddin dan Muhammad Isyraf Mohd Ismifarizal masing-masing menerusi kategori Kumite Lelaki 12 Tahun +40kg dan kategori Kumite Lelaki 13-14 Tahun +45kg, kedua-dua mereka merupakan pelajar Labuan International School (LIS).
“Pasukan Karate Labuan menghantar 16 peserta dan penyertaan ini amat bagus untuk pendedahan mereka sekaligus mengenal pasti potensi yang boleh dipertengahkan bagi kejohanan berprestasi tinggi akan datang,” menurut kenyataan itu semalam.
Tambahnya, pertandingan itu disertai seramai 450 peserta dari dalam dan luar Sabah menjadikan rekod penyertaan paling ramai sepanjang 23 edisi kejohanan itu diadakan.
SUMBER : FACEBOOK MALAYSIAAKTIF

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …