[HEBAHAN] PDRM FUN RUN 2022: JOM DAFTAR DAN DAPATKAN “RACE PACK” ANDA SEKARANG!

Jom sertai PDRM Fun Run 2022 pada 17 Disember 2022 (Sabtu) bermula jam 6.30 pagi di Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM, Bangi, Selangor.

Program anjuran para peserta Kursus Diploma Siswazah Sains kepolisan (DSSK) Sesi 2021/2023, Maktab PDRM KL dengan kerjasama UKM itu adalah bersempena Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah “Scammer Targeting You” bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap pencegahan jenayah dalam talian.

Sebanyak dua kategori larian dibuka kepada orang ramai iaitu “Fun Run” sejauh 5 kilometer (km) dan “Open”, 10km.

Jangan tunggu lagi, jom daftar sekarang secara dalam talian di pautan berikut:

  1. https://checkpointspot.asia/event/pdrm-fun-run
  2. https://www.racexasia.com/event/pdrm-fun-run-2022-pdrd22
  3. https://howei.com/event_details/pdrmfunrun2022

Bagi para peserta yang telah mendaftar, anda boleh mengambil “race pack” masing-masing seperti ketetapan berikut:

Tempat:

  • Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Tarikh dan Masa:

  • 15 hingga 16 Disember 2022 (Khamis & Jumaat)
  • 10.00 pagi hingga 6.00 petang

SUMBER: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …