20 Oktober- Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ( BMSS) oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah, Pejabat Kesihatan Daerah Machang dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai .
Pelbagai aktiviti bagi menyokong amalan cara hidup sihat dan aktif telah diadakan antaranya kayuhan sihat, senam sihat , Fun Run dan acara sukaneka seperti lari dalam guni, sepakan penalti, isi air dalam botol dan pelbagai lagi.
Aktviti saringan kesihatan percuma dan pameran kesihatan turut disediakan kepada pengunjung.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan BMSS Negeri Kelantan 2022.