TAMBAH ILMU DAN BERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK

AYER KEROH – Peguam syarie Negeri Melaka diingatkan supaya sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan perundangan yang terbaik kepada rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, selain itu keadilan asasi atau ‘natural justice’ juga haruslah difahami dengan lebih mendalam kerana ia amat menitik beratkan mengenai perundangan yang adil dan hukuman yang saksama.

“Tanggungjawab utama harus dipikul oleh peguam syarie ialah membantu menegakkan keadilan dalam proses pengendalian perbicaraan sehinggalah penghakiman pada akhir perbicaraan.

“Berikutan itu peguam syarie hendaklah sentiasa menambah ilmu pengetahuan berkaitan bidang tugas selain cakna dengan perkembangan perundangan dan kehakiman syariah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Melaka 2022, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Wanita Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Melaka Datuk Mohd Nadzri Abdul Rahman.

Menurutnya, kualiti proses pengadilan yang dilaksanakan oleh pegawai mahkamah termasuk peguam syarie juga perlu dititikberatkan dalam perkhidmatan kehakiman syariah.

“Kualiti proses pengadilan yang baik akan membolehkan masyarakat mendapat keadilan dengan cepat dan tepat.

“Bagi mendapatkan keputusan yang terbaik, maka saya melihat perlu ada kerjasama yang utuh antara mahkamah syariah dan peguam syarie,” katanya.

 

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …