THE BEST AND THE WORST CITIES FOR EXPATS – TAHNIAH KUALA LUMPUR!

Kuala Lumpur berjaya mencapai kedudukan teratas dalam Kedudukan Expat City 2021.

Ibu kota kebanggaan kita ini cemerlang dalam Getting Settled Index (ranking nombor 1), dengan keputusan 10 teratas dalam semua subkategori. Malah, tiga perempat atau lebih, berasa seperti di “rumah” sendiri ketika berada di sini (keselesaan) dan merasa mudah untuk membiasakan diri dengan budaya tempatan. Kebanyakan juga gembira dengan keramahan penduduk tempatan (81% berbanding 69% di seluruh dunia).

Kuala Lumpur juga menduduki tempat pertama daripada 57 buah negara dalam Indeks Kewangan & Perumahan: ekspatriat mencari rumah mampu milik (74% berbanding 42% di seluruh dunia) dan rumah mudah didapati (91% berbanding 60% di seluruh dunia).

Selain itu, 80% berpuas hati dengan keadaan financial situation (berbanding 64% secara global), dan 64% mengatakan bahawa pendapatan isi rumah mereka lebih daripada mencukupi untuk menampung perbelanjaan (berbanding 52% di seluruh dunia).

Indeks Kos Sara Hidup di Kuala Lumpur juga berada dalam keadaan memuaskan, dengan 78% ekspatriat menilai aspek ini secara positif (berbanding 48% di peringkat global).

Tahniah Kuala Lumpur!

SUMBER:

JALALUDDIN ALIAS 

EXPAT CITY RANKING 2021, AN EXPAT INSIDER TOPICAL REPORT PUBLISHED BY INTERNATIONS (MUNICH, GERMANY)

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut