110 MANGSA SINDIKET PENIPUAN BEKERJA DI LUAR NEGARA BERJAYA DISELAMATKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKIRAFAN ANTARABANGSA (Komitmen Institusi Antarabangsa)

Seramai 110 mangsa yang diperdayakan sindiket penipuan bekerja di luar negara berjaya diselamatkan dan dibawa pulang, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin. Beliau berkata berdasarkan laporan yang diterima dari 2021 sehingga hari ini, masih terdapat 174 mangsa sindiket berkenaan yang terkandas di luar negara. Bagi tempoh yang sama PDRM telah menerima 224 laporan melibatkan 284 mangsa daripada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa berkaitan rakyat tempatan yang diperdayakan oleh sindiket penipuan untuk bekerja di luar negara.  PDRM akan terus menggunakan semua platform untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama Interpol (Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa), Aseanapol (Polis ASEAN) untuk menangani penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia di luar negara, selain turut terlibat dalam jawatankuasa khas yang diterajui oleh Kementerian Luar Negeri.

Sumber: Laman Web BERNAMA 

Artikel/Berita Terkini

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …