KERAJAAN NEGERI TERENGGANU PERKENALKAN BIASISWA KHUSUS UNTUK PELAJAR B40


KUALA TERENGGANU, 22 SEPTEMBER 2022


Kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu (YT) dan Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) memperkenalkan biasiswa khusus untuk pelajar cemerlang keluarga B40 bagi membolehkan golongan terbabit melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tanpa bebanan kewangan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme tersebut direalisasikan menerusi anak-anak syarikat Kumpulan Terengganu Inc dengan peruntukan sebanyak RM500,000. Menteri Besar dalam kenyataannya menyatakan bahawa memorandum ini akan menjadi suatu landasan bagi menyediakan peluang kepada anak-anak Terengganu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sekali gus melahirkan golongan profesional yang bukan sahaja bakal menerajui Terengganu Darul Iman, bahkan mampu menjadi peneraju kepada negara dan entiti-antiti ataupun agensi-agensi di peringkat antarabangsa.

Kolaboratif ini juga akan menjadi nilai tambah kepada program sedia ada di bawah Yayasan Terengganu dan pada masa yang sama menunjukkan kepada rakyat bahawa syarikat-syarikat anak negeri yang ada di Negeri Terengganu ini mempunyai peranan masing-masing, bukan sekadar menjalankan perniagaan tetapi yang pentingnya ialah membantu rakyat terutamanya golongan B40.

Ini adalah kali pertama anak syarikat kerajaan negeri dan YT bekerjasama memberi biasiswa buat pelajar cemerlang, peruntukan ini adalah untuk permulaan.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, biasiswa peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda (Ijazah pertama) berkenaan dibentuk bagi memastikan anak Terengganu yang berkelayakan dapat melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara seperti bidang Kepintaran Buatan (AI), Sains Data (Big Data), Undang-undang, Muamalat, Sains Kesihatan (Fisioterapi), Pengurusan Korporat dan Perladangan.

Sumber: Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Media MB Terengganu

Artikel/Berita Terkini

TINDAKAN PEMBANTERASAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR SEKOLAH DI TERENGGANU

Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah di Terengganu masih menjadi kebimbangan utama pihak berkuasa. Lokasi negeri yang …

MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MARITIM: KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perairan negara merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan Malaysia. Hal ini …

ULEK MAYANG DAN RODAT: MEMELIHARA KEASLIAN WARISAN BUDAYA TERENGGANU

Tarian Ulek Mayang dan Rodat merupakan antara khazanah seni budaya yang begitu sinonim dengan identiti masyarakat Terengganu. Kedua-duanya bukan sekadar …