NAMA MADINAH AZ ZAHRA DICADANG GANTI BANDAR BARU JELAWAT

 

BACHOK: Majlis Daerah Bachok (MDB) Bandar Pelancongan Islam mencadangkan supaya Bandar Baru Jelawat diubah kepada nama yang sesuai dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam.
Bandar Baru Jelawat yang berkeluasan 22.7 ekar, dijangka dirasmi oleh Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada Oktober depan.
Lokasi tersebut terletak dalam Mukim Rusa yang merupakan sebahagian kawasan dalam Dun Pantai Irama. Bandar baru diwujudkan memandangkan pekan Jelawat yang ada sekarang tidak dapat menampung pembangunan.
Beberapa premis perniagaan sudah memulakan operasi di bandar baru yang mampu menawarkan pekerjaan kepada seramai 1,500 penduduk tempatan, di samping peluang perniagaan.
Pelbagai kemudahan disediakan termasuk pasar awam dua tingkat, stesen bas, pasar raya, klinik, fasmasi, pusat dialisis, surau, kedai pakaian, kedai makanan segera dan pelbagai lagi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …