MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Patriotisme)

Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 telah diadakan di Vtech, Batu Kawan, Pulau Pinang. Majlis ini merupakan kemuncak bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2022 dan turut meraikan 84 kontijen yang menyertai perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor. Turut memeriahkan majlis adalah YB Dato’ Law Choo Kiang, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan isteri, barisan ADUN, Pegawai-pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Negeri serta barisan peserta kontijen.

TYT Tun dalam majlis ini telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para kontinjen yang mendapat tempat sempena pertandingan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 mengikut kategori yang dipertandingkan.

Sumber : Pejabat SUK Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

π—žπ—˜π— π—£π—˜π—‘ π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 5 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 28 April 2024 β€’ 1 lokaliti di daerah Jeli β€’ 2 lokaliti di …
Maklumat Lanjut

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut