PERANGKAP ‘BELI SEKARANG, BAYAR KEMUDIAN’

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Isu Kumpulan B40, M40 & T20)

Berleluasa kini terutama melalui platform e-dagang apabila pengguna boleh membeli barangan yang dimahukan tanpa perlu mengumpul duit terlebih dahulu.

Skim ‘Beli Sekarang Dan Bayar Kemudian (BNPL)’ dikhuatiri menjadi perangkap dengan menambahkan beban hutang sedia ada serta menyebabkan perbelanjaan berlebihan.

Faktor yang menyebabkan BNPL menjadi daya tarikan apabila pengguna yang membeli barangan di atas talian tidak perlu disemak kedudukan kewangan semasa, tiada limit pembelian serta pemberian diskaun bagi pembelian secara BNPL.

Namun demikian, pengguna adalah dinasihatkan supaya menyemak pengurusan kewangan masing-masing bagi mengelakkan pembelian barangan yang bukan keperluan. Dengan bebanan sedia ada seperti rumah, kereta dan pinjaman peribadi, penambahan hutang melalui BNPL dilihat akan menyebabkan liabiliti semakin bertambah. Pengguna juga disarankan menyemak terma dan syarat pembelian melalui kaedah BNPL sebelum terjebak dengan skim ini memandangkan caj penalti akan dikenakan bagi pembayaran lewat.

Pada masa yang sama, cadangan penggubalan Akta Kredit Pengguna (CCA) dijangka dibentangkan kepada Parlimen pada suku kedua 2023 dengan mengambilkira konsep BNPL bagi mengawalselia skim tersebut. Sehingga Akta tersebut dimuktamadkan, pengguna dinasihatkan untuk mengetahui hak masing-masing dalam pembelian barangan secara BNPL.

Sumber diolah dan diterjemah : NEW STRAITS TIMES

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …